8 Mengapa kita tidak berkata, “Marilah kita lakukan kejahatan supaya timbul kebaikan”? Sebenarnya ada beberapa orang yang menghina aku dengan tuduhan bahawa aku mengatakan demikian. Allah akan menghukum mereka dengan sepatutnya.
9 Baiklah, adakah kedudukan kita sebagai orang Yahudi lebih baik daripada kedudukan orang bukan Yahudi? Sekali-kali tidak! Sudah aku jelaskan bahawa semua orang dikuasai dosa, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi.
10 Seperti yang tertulis di dalam Alkitab,“Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah,
11 tidak seorang pun yang memahami apa yang benar,dan tidak seorang pun menyembah Allah.
12 Semua orang sudah menjauhkan diri daripada Allah;semuanya sudah sesat.Tidak seorang pun berbuat benar; seorang pun tidak!
13 Kata-kata dari mulut mereka menyebabkan kematian,tipu muslihat mengalir dari lidah mereka,dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka;
14 mulut mereka penuh dengan kutuk dan cerca.