10 Oleh itu ketua-ketua imam bercadang hendak membunuh Lazarus juga,
11 kerana banyak orang Yahudi meninggalkan mereka, lalu percaya kepada Yesus.
12 Keesokan harinya orang ramai yang sudah datang untuk merayakan Paska, mendengar khabar bahawa Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem.
13 Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Diberkatilah Raja Israel!”
14 Yesus mendapati seekor keldai muda lalu menungganginya. Dengan demikian berlakulah yang tertulis di dalam Alkitab,
15 “Janganlah takut,hai penduduk Sion!Lihatlah Raja kamu datangmenunggang seekor keldai muda!”
16 Pada masa itu pengikut-pengikut Yesus tidak memahami semuanya. Tetapi setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka teringat bahawa apa yang dilakukan oleh orang ramai bagi-Nya sudah tertulis di dalam Alkitab.