1 Selepas itu Yesus pergi ke seberang Tasik Galilea, yang juga disebut Tasik Tiberias.
2 Banyak orang mengikuti-Nya, kerana mereka telah melihat mukjizat yang dilakukan-Nya ketika Dia menyembuhkan orang sakit.
3 Kemudian Yesus naik ke atas bukit lalu duduk di situ dengan pengikut-pengikut-Nya.
4 Pada waktu itu sudah hampir Perayaan Paska orang Yahudi.
5 Yesus melihat di sekeliling-Nya dan Dia nampak orang berduyun-duyun datang kepada-Nya. Oleh itu Yesus berkata kepada Filipus, “Di manakah kita boleh membeli makanan yang cukup untuk semua orang ini?” (