7 Jangan buat tuduhan palsu, dan jangan sebabkan orang yang tidak bersalah dihukum mati, kerana Aku akan menghukum orang yang melakukan kejahatan seperti itu.
8 Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan orang terhadap apa yang benar dan merugikan orang yang tidak bersalah.
9 Jangan berlaku kejam terhadap orang asing; kamu tahu rasanya menjadi orang asing, kerana dahulu kamu pun orang asing di Mesir.”
10 “Selama enam tahun kamu boleh menanami ladang dan mengumpulkan apa yang dihasilkannya.
11 Tetapi pada tahun yang ketujuh tanah itu harus dibiarkan. Sepanjang tahun itu kamu tidak boleh mengumpulkan hasil apa sahaja yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu. Biarlah orang miskin mengambilnya, dan sisanya untuk binatang liar. Buatlah hal yang sama pada ladang anggur dan pokok zaitun kamu.
12 Bekerjalah selama enam hari dalam seminggu, tetapi pada hari yang ketujuh kamu tidak boleh bekerja, supaya abdi kamu serta orang asing yang bekerja untuk kamu, dan juga ternakan kamu dapat berehat.
13 Dengarkanlah segala firman yang telah Aku, TUHAN sampaikan kepada kamu. Jangan berdoa kepada tuhan-tuhan lain; bahkan menyebut nama tuhan-tuhan itu pun tidak boleh.”