1 Jangan persembahkan lembu atau domba yang cacat kepada TUHAN, Allah kamu; TUHAN membenci perbuatan itu.
2 Andaikata kamu mendengar bahawa di salah sebuah kota kamu, ada beberapa orang lelaki atau perempuan yang telah berdosa terhadap TUHAN, dan melanggar perjanjian-Nya
3 serta perintah TUHAN kerana mereka menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain, atau kepada matahari, atau kepada bulan, atau kepada bintang-bintang.
4 Jika kamu mendengar laporan seperti itu, kamu harus menyiasat perkara itu dengan teliti. Jika benar bahawa perkara jahat itu sudah berlaku di Israel,
5 bawalah orang itu ke luar kota lalu rejamlah dia sampai mati.
6 Seseorang hanya boleh direjam sampai mati jika ada dua atau tiga orang saksi yang menyalahkan dia, tetapi dia tidak boleh direjam jika hanya ada seorang saksi.
7 Orang yang menjadi saksi itulah yang mesti melemparkan batu pertama, barulah semua orang lain melempari orang itu dengan batu. Dengan cara ini kamu membasmi kejahatan itu.