6 TUHAN Raja berfirman, “Kamu sangat membenci Israel sehingga kamu bertepuk tangan dan menari-nari dengan gembira atas kemusnahan negeri Israel.
7 Oleh itu Aku akan menyerahkan kamu kepada bangsa-bangsa yang akan merompak dan menjarah segala milik kamu. Aku akan membinasakan kamu habis-habisan sehingga kamu bukan lagi satu bangsa yang mempunyai negeri sendiri. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”
8 TUHAN Raja berfirman, “Kerana Moab berkata bahawa Yehuda sama dengan bangsa-bangsa lain,
9 Aku akan membiarkan musuh menyerang kota-kota yang mempertahankan sempadan Moab, termasuk kota-kota yang terbaik iaitu Bet-Yesimot, Baal-Meon, dan Kiryataim.
10 Aku akan membiarkan Moab bersama-sama Amon dikalahkan oleh suku-suku dari gurun di sebelah timur, sehingga Moab bukan satu bangsa lagi.
11 Aku akan menghukum Moab, maka penduduknya akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”
12 TUHAN Raja berfirman, “Penduduk Edom telah membalas Yehuda dengan kejam. Perbuatan Edom itu kesalahan besar.