1 Pada suatu hari, Yesus berdoa di suatu tempat. Setelah Dia berdoa, salah seorang pengikut-Nya berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, ajarlah kami berdoa sebagaimana Yohanes mengajar pengikutnya berdoa.”
2 Yesus berkata kepada mereka, “Berdoalah demikian,‘Ya Bapa,Engkaulah Allah yang Esa.Semoga Engkau disembah dan dihormati.Engkaulah Raja kami.Semoga Engkau memerintah di bumi.
3 Berilah kami makanan yang kami perlukan setiap hari.
4 Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami.Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.’ ”
5 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti,
6 kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak mempunyai makanan untuk dia!’
7 Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, ‘Janganlah susahkan aku! Pintu sudah dikunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu.’ ”