37 Akhirnya pemilik ladang itu mengutus anaknya kepada mereka. Dia berkata dalam hati, ‘Tentu mereka akan menghormati anakku.’
38 Tetapi apabila penyewa-penyewa ladang itu nampak anak pemilik ladang itu, mereka berkata sesama sendiri, ‘Ini dia anak pemilik ladang. Marilah kita bunuh dia, supaya kita dapat hartanya!’
39 Oleh itu mereka menangkap anak itu, membuang dia ke luar ladang, dan membunuh dia.”
40 Kemudian Yesus bertanya, “Apabila pemilik ladang anggur itu kembali, apakah yang akan dilakukannya kepada penyewa-penyewa ladang itu?”
41 Mereka menjawab, “Tentu dia akan membunuh semua orang jahat itu, lalu menyewakan ladang anggur itu kepada penyewa-penyewa lain yang mahu memberikan hasil bahagiannya pada musim anggur.”
42 Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu baca apa yang tertulis di dalam Alkitab?‘Batu yang dibuang oleh pembina bangunantelah menjadi batu yang paling utama.Inilah perbuatan Tuhan;alangkah indahnya!’ ”
43 Yesus berkata lagi, “Ketahuilah! Hak untuk menikmati Pemerintahan Allah akan diambil daripada kamu, lalu diserahkan kepada orang yang memberikan hasil yang dikehendaki oleh Allah.” [