5 kerana dosanya bertimbun-timbun sampai ke langit,dan Allah tidak lupa akan kejahatannya.
6 Perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan kamu;balaslah Babel dua kali ganda bagi semua perbuatannya.Isilah cawannya dengan minuman yang dua kali lebih kerasdaripada minuman yang disediakannya untuk kamu.
7 Berilah Babel penderitaan dan kesedihansebanyak kemuliaan dan kemewahan yang diberikannya kepada dirinya sendiri,kerana Babel sentiasa berkata kepada dirinya sendiri,‘Aku ratu yang memerintah!Aku bukan balu,aku tidak akan mengalami kesedihan!’
8 Itulah sebabnya dalam sehari semua malapetaka ini akan menimpanya:penyakit, kesedihan, dan kebuluran.Babel akan dihanguskan oleh api,kerana Tuhan Allah yang menghakiminya itu berkuasa.”
9 Raja-raja dunia yang ikut melakukan perbuatan cabul dan lucah dengannya, akan menangisi dan meratapi kota itu apabila mereka melihat asap api yang menghanguskannya.
10 Mereka berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka berkata, “Alangkah malangnya kota Babel yang agung dan perkasa itu! Dalam satu jam sahaja Babel telah dihukum!”
11 Para saudagar di bumi menangis dan berkabung kerananya, oleh sebab tidak seorang pun membeli barang dagangan mereka lagi.