8 Apabila orang Filistin mendengar bahawa Raja Daud telah menjadi raja seluruh Israel, mereka datang untuk menangkap baginda. Oleh itu Raja Daud pergi berperang melawan mereka.
9 Orang Filistin tiba di Lembah Refaim dan mula merompak.
10 Mendengar hal itu, Raja Daud bertanya kepada Allah, “Haruskah aku menyerang orang Filistin? Adakah Engkau memberi aku kemenangan?”TUHAN menjawab, “Seranglah! Aku akan memberi engkau kemenangan!”
11 Oleh itu Raja Daud menyerang orang Filistin di Baal-Perasim dan mengalahkan mereka. Raja Daud bertitah, “Umpama banjir besar, Allah telah menembusi pertahanan musuh dengan perantaraan beta.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Baal-Perasim.
12 Apabila tentera Filistin lari, mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka. Raja Daud memberikan perintah untuk membakar patung-patung itu.
13 Tidak lama kemudian, orang Filistin kembali semula ke Lembah Refaim dan merompak lagi.
14 Sekali lagi Raja Daud meminta petunjuk daripada Allah, dan Allah menjawab, “Jangan serang mereka dari sini, tetapi berjalanlah berkeliling dan seranglah mereka dari seberang, dekat pokok-pokok kertau.