9 Orang Filistin tiba di Lembah Refaim dan mula merompak.
10 Mendengar hal itu, Raja Daud bertanya kepada Allah, “Haruskah aku menyerang orang Filistin? Adakah Engkau memberi aku kemenangan?”TUHAN menjawab, “Seranglah! Aku akan memberi engkau kemenangan!”
11 Oleh itu Raja Daud menyerang orang Filistin di Baal-Perasim dan mengalahkan mereka. Raja Daud bertitah, “Umpama banjir besar, Allah telah menembusi pertahanan musuh dengan perantaraan beta.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Baal-Perasim.
12 Apabila tentera Filistin lari, mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka. Raja Daud memberikan perintah untuk membakar patung-patung itu.
13 Tidak lama kemudian, orang Filistin kembali semula ke Lembah Refaim dan merompak lagi.
14 Sekali lagi Raja Daud meminta petunjuk daripada Allah, dan Allah menjawab, “Jangan serang mereka dari sini, tetapi berjalanlah berkeliling dan seranglah mereka dari seberang, dekat pokok-pokok kertau.
15 Apabila engkau mendengar bunyi derap di atas pokok-pokok itu, lancarkanlah serangan, kerana Aku akan berjalan mendahului kamu untuk mengalahkan tentera Filistin.”