6 Pada masa itu raja Edom berjaya menguasai kota Elat semula. Raja itu mengusir orang Yehuda yang tinggal di situ. Oleh itu, orang Edom menduduki kota itu dan menetap di situ sampai sekarang.)
7 Raja Ahas mengutus beberapa orang utusan kepada Raja Pul, dari Asyur, dengan berita berikut, “Hamba setia mengabdi kepada tuanku. Oleh itu datanglah untuk menyelamatkan hamba daripada raja-raja negeri Siria dan Israel yang sedang menyerang hamba sekarang.”
8 Raja Ahas mengambil perak dan emas dari Rumah TUHAN dan perbendaharaan istana, lalu memberikan semuanya kepada raja Pul sebagai hadiah.
9 Raja Pul mengabulkan permintaan Raja Ahas. Raja Pul dengan tenteranya menyerang Damsyik, merebut kota itu lalu membunuh Raja Rezin. Raja Pul juga membawa penduduk kota Damsyik ke Kir sebagai orang tawanan.
10 Apabila Raja Ahas pergi ke Damsyik untuk menemui Raja Pul, baginda nampak mazbah di situ lalu mengirim contoh mazbah itu dengan butir-butir yang tepat kepada Imam Uria.
11 Uria membina sebuah mazbah seperti itu, dan menyelesaikannya sebelum Raja Ahas kembali.
12 Apabila Raja Ahas kembali dari Damsyik, baginda nampak bahawa mazbah itu sudah siap.