1 Ketika Raja Daud baru sahaja melalui puncak bukit, tiba-tiba Ziba, hamba Mefiboset datang menemui baginda. Ziba datang dengan dua ekor keldai yang mengangkut muatan dua ratus buku roti, seratus rangkai kismis, seratus ikat buah-buahan segar dan satu kirbat penuh wain.
2 Raja Daud bertanya kepadanya, “Untuk apakah semua ini?”Ziba menjawab, “Keldai-keldai ini untuk tunggangan keluarga tuanku; roti dan buah-buahan ini untuk hamba-hamba tuanku, dan wain ini untuk minuman mereka apabila letih di padang gurun kelak.”
3 Raja bertanya kepadanya, “Di manakah Mefiboset, cucu tuanmu Raja Saul?”Ziba menjawab, “Dia tinggal di Yerusalem, kerana dia yakin bahawa umat Israel akan mengembalikan kerajaan datuknya Raja Saul kepadanya.”
4 Raja bertitah kepada Ziba, “Mulai sekarang segala milik Mefiboset menjadi milikmu.”“Terima kasih tuanku,” jawab Ziba. “Semoga hamba selalu diperkenan oleh tuanku.”