1 Ketika kamu dijamu oleh seorang pembesar, ingatlah siapa orang itu.
2 Jika kamu sangat berselera, tahanlah selera kamu.
3 Jangan gelojoh kerana makanan lazat yang dihidangkan. Mungkin dia hendak menipu kamu.
4 Berhati-hatilah! Jangan rosakkan kesihatan kamu kerana hendak menjadi kaya.
5 Wang kamu boleh hilang secepat kilat, seolah-olah wang itu bersayap dan terbang ke angkasa seperti burung helang.
6 Jangan makan bersama-sama orang kedekut, atau inginkan makanan lazat yang dihidangkannya.
7 “Makan lagi,” katanya, tetapi tidak begitu maksudnya. Dia bermulut manis tetapi hatinya lain.