7 “Makan lagi,” katanya, tetapi tidak begitu maksudnya. Dia bermulut manis tetapi hatinya lain.
8 Kamu akan memuntahkan apa yang kamu telan, dan semua kata-kata manis kamu sia-sia sahaja.
9 Jangan cuba nasihati orang bodoh; mereka tidak akan menghargai nasihat kamu.
10 Jangan pindahkan batas tanah yang lama dan jangan rampas tanah anak yatim piatu.
11 TUHAN, pembela yang kuat, akan membela mereka dan melawan kamu.
12 Perhatikanlah ajaran guru kamu dan belajarlah sebanyak mungkin.
13 Jangan ragu-ragu mendisiplinkan anak. Mereka tidak akan mati walaupun kena rotan.