1 Orang Israel seperti pokok anggur yang berbuah lebat. Semakin makmur mereka, semakin banyak mazbah yang didirikan mereka. Semakin banyak hasil bumi mereka, semakin indah pula tugu-tugu berhala yang dibuat mereka.
2 Hati mereka penuh dengan tipu daya dan sekarang mereka harus menderita akibat dosa mereka. Allah akan merobohkan mazbah-mazbah mereka dan memusnahkan tugu-tugu berhala mereka.
3 Tidak lama lagi mereka akan berkata, “Kita tidak mempunyai raja kerana kita tidak takut kepada TUHAN. Apa gunanya seorang raja bagi kita?”
4 Mereka hanya mengucapkan kata-kata kosong dan membuat janji palsu serta mengikat perjanjian yang tidak berguna. Keadilan telah diputarbalikkan sehingga ketidakadilan menjalar di seluruh negeri bagaikan tanaman beracun di ladang yang telah dibajak.
5 Penduduk kota Samaria akan takut dan berkabung kerana kehilangan lembu emas di Betel. Mereka dan para imam yang mengabdikan diri kepada lembu emas akan menangis. Mereka akan meraung apabila kemuliaan patung berhala itu lenyap.
6 Berhala itu akan dibawa ke Asyur untuk dipersembahkan kepada raja yang agung. Israel akan dihina dan dipermalukan kerana nasihat yang telah diturutinya.
7 Raja Samaria akan binasa seperti potongan kayu yang dihanyutkan air.