9 Janganlah tolak aku sekarang kerana aku tua;janganlah tinggalkan aku sekarang kerana aku lemah.
10 Musuhku hendak membunuh aku;mereka berbincang dan bersekongkol menentang aku.
11 Mereka berkata, “Allah telah meninggalkan dia;marilah kita kejar dan tangkap dia,kerana tiada sesiapa akan menyelamatkan dia!”
12 Ya Allah, janganlah jauhi aku,ya Allahku, cepatlah tolong aku!
13 Biarlah mereka yang menyerang akudikalahkan serta dibinasakan!Biarlah mereka yang cuba mencelakakan akudipermalukan dan dihinakan!
14 Aku akan sentiasa berharap kepada-Mu,dan semakin memuji-Mu.
15 Aku akan mengisahkan kebaikan-Mu;sepanjang hari aku akan menceritakan penyelamatan daripada-Mu,walaupun hal ini melampaui pengertianku.