4 Seribu tahun seperti sehari bagi-Mu;seperti hari kelmarin yang telah lalu,seperti satu giliran jaga pada waktu malam.
5 Engkau mengakhiri hidup kami,hidup kami seperti mimpi.Kami umpama rumput yang bertunas pada waktu pagi,
6 yang tumbuh dan berbunga,tetapi layu dan mati pada waktu petang.
7 Kami binasa kerana kemurkaan-Mu;kami takut kerana kemarahan-Mu.
8 Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu.
9 Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu;hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas.
10 Tujuh puluh tahun sahaja usia kami,lapan puluh, jika kami kuat;namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan;kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap.