6 Pintu-pintu air di tepi sungai terbuka;maka gemparlah semua orang di istana.
7 Penyerang menangkap permaisuri,dayang-dayangnya mengerang bagai burung merpati,menebah dada kerana sedih hati.
8 Penduduk Niniwe berlari keluar dari kotaseperti air keluar dari empangan yang pecah.Terdengar teriakan, “Berhenti, berhenti!”tetapi tiada seorang pun yang mahu kembali.
9 Rampaslah perak!Rampaslah emas!Kota penuh dengan harta benda!
10 Niniwe sudah musnah, terbiar, dan lengang.Kerana takut, semangat orang hilang;lutut gementar, kehabisan tenaga;semua orang pucat muka.
11 Di manakah kota itu sekarang?Kota yang seperti gua tempat singa bersarang;tempat anak-anak singa diberikan makanan,tempat tujuan singa jantan dan singa betina,tempat yang aman bagi anak-anak singa.
12 Singa menerkam mangsanya,lalu mencabik dagingnyauntuk makanan singa betina dan anaknya.Singa memenuhi guanyadengan cabikan daging mangsanya.