23 “Apabila seluruh gunung itu diliputi api, dan kamu mendengar suara dari kegelapan itu, para pemimpin suku dan penghulu masyarakat kamu datang kepadaku
24 dan berkata, ‘TUHAN, Allah kita menyatakan kebesaran dan kemuliaan-Nya ketika kami mendengar firman-Nya dari api itu. Pada hari ini kami telah melihat bahawa seseorang boleh tetap hidup walaupun Allah sudah berfirman kepadanya.
25 Tetapi mengapakah kami harus menyabung nyawa lagi? Api yang dahsyat itu akan membinasakan kami. Kami pasti mati jika kami mendengar TUHAN, Allah kita berfirman lagi.
26 Pernahkah manusia tetap hidup setelah mendengar Allah yang hidup berfirman dari api?
27 Berangkatlah, hai Musa, dan dengarlah segala yang difirmankan oleh TUHAN, Allah kita. Kemudian kembalilah dan beritahulah kami apa yang difirmankan-Nya kepadamu. Kami akan mendengar dan mentaatinya.’
28 Apabila TUHAN mendengar kata-kata kamu itu, Dia berfirman kepadaku, ‘Aku sudah mendengar apa yang dikatakan umat ini, dan kata-kata mereka itu benar.
29 Alangkah baiknya jika mereka sentiasa berperasaan demikian. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa takut akan Aku dan taat kepada segala perintah-Ku, supaya mereka dan keturunan mereka sejahtera selama-lamanya.