5 Tentera Babilonia sedang mengepung Yerusalem. Tetapi apabila mereka mendengar bahawa tentera Mesir sudah keluar dari Mesir untuk berperang, mereka berundur.
6 Kemudian TUHAN, Allah Israel, menyuruh aku
7 berkata kepada Raja Zedekia, “Tentera Mesir sedang datang untuk menolongmu, tetapi mereka akan pulang.
8 Selepas itu tentera Babilonia akan datang lagi dan menyerang kota ini; mereka akan merebut dan membakarnya.
9 Aku, TUHAN memberi kamu amaran supaya jangan tipu diri kamu sendiri dengan berfikir bahawa tentera Babilonia tidak akan kembali. Mereka pasti akan kembali.
10 Andaikata kamu berjaya mengalahkan seluruh tentera Babilonia, sehingga yang tinggal hanya orang yang luka parah di dalam khemah-khemah, namun mereka akan bangun dan membakar kota ini sampai musnah.”
11 Tentera Babilonia meninggalkan Yerusalem kerana tentera Mesir bergerak maju ke kota itu.