7 berkata kepada Raja Zedekia, “Tentera Mesir sedang datang untuk menolongmu, tetapi mereka akan pulang.
8 Selepas itu tentera Babilonia akan datang lagi dan menyerang kota ini; mereka akan merebut dan membakarnya.
9 Aku, TUHAN memberi kamu amaran supaya jangan tipu diri kamu sendiri dengan berfikir bahawa tentera Babilonia tidak akan kembali. Mereka pasti akan kembali.
10 Andaikata kamu berjaya mengalahkan seluruh tentera Babilonia, sehingga yang tinggal hanya orang yang luka parah di dalam khemah-khemah, namun mereka akan bangun dan membakar kota ini sampai musnah.”
11 Tentera Babilonia meninggalkan Yerusalem kerana tentera Mesir bergerak maju ke kota itu.
12 Oleh itu aku meninggalkan Yerusalem dan pergi ke wilayah Benyamin untuk menerima warisanku daripada keluargaku.
13 Tetapi apabila aku sampai di Pintu Gerbang Benyamin, seorang pegawai tentera yang bertugas di situ, yang bernama Yeria anak Selemya dan cucu Hananya, menahan aku dan berkata, “Engkau mahu lari ke pihak orang Babilonia!”