21 Hai umat-Ku, kamu tahu bahawa ada beberapa korban yang kamu bakar di atas mazbah harus dibakar sampai habis, dan ada juga korban lain yang boleh kamu makan. Tetapi Aku, TUHAN berfirman, lebih baik kamu makan semuanya!
22 Ketika Aku membawa nenek moyang kamu keluar dari Mesir, Aku tidak memberi mereka peraturan tentang korban untuk menyenangkan hati-Ku atau tentang korban-korban lain untuk Aku.
23 Aku hanya memerintahkan mereka untuk mentaati Aku supaya Aku menjadi Allah mereka, dan mereka menjadi umat-Ku. Aku menyuruh mereka hidup menurut perintah-Ku supaya mereka bahagia.
24 Tetapi mereka tidak mahu mendengarkannya dan tidak mahu memperhatikannya. Malah mereka menuruti kehendak hati mereka yang keras dan jahat. Oleh itu mereka menjadi semakin jahat dan tidak menjadi lebih baik.
25 Sejak nenek moyang kamu keluar dari Mesir sampai hari ini, Aku sentiasa mengutus hamba-hamba-Ku, para nabi, kepada kamu.
26 Tetapi tiada sesiapa pun yang mendengarkan atau memperhatikan mereka. Malah kamu menjadi lebih degil dan lebih suka memberontak daripada nenek moyang kamu.
27 Oleh sebab itu, hai Yeremia, sekalipun engkau menyampaikan semua firman ini kepada umat-Ku, mereka tidak akan mendengarkan engkau. Walaupun engkau memanggil mereka, mereka tidak akan menyahut.