30 Penduduk Yehuda telah melakukan kejahatan. Mereka telah meletakkan berhala-berhala mereka yang Kubenci itu di dalam Rumah TUHAN, sehingga menajiskannya.
31 Mereka telah mendirikan sebuah mazbah yang bernama Tofet di Lembah Hinom. Di atas mazbah itu mereka membakar anak-anak mereka, lelaki dan perempuan, sebagai korban. Padahal Aku tidak pernah menyuruh mereka melakukan perkara itu, bahkan tidak pernah hal seperti itu timbul di dalam fikiran-Ku.
32 Oleh itu, akan tiba masanya tempat itu tidak lagi disebut Tofet atau Lembah Hinom, melainkan Lembah Pembantaian. Mereka akan menguburkan mayat di situ kerana tiada lagi tempat lain.
33 Mayat akan menjadi makanan burung dan binatang buas dan tiada lagi orang yang menghalaunya.
34 Negeri ini akan menjadi tandus. Suara kegembiraan dan kesukaan, serta keriangan pesta perkahwinan di kota-kota Yehuda dan di jalan-jalan Yerusalem akan Kuhentikan.