1 Allah berfirman,“Bertenanglah dan dengarlah firman-Ku, hai penduduk negeri-negeri jauh!Bersiaplah dan ajukanlah perkara kamu di mahkamah;kamu akan diberikan peluang untuk bercakap.Marilah kita tentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.
2 Siapakah yang mendatangkan penakluk dari timur,dan memberinya kemenangan ke mana sahaja dia pergi?Siapakah yang memberi dia kemenangan terhadap raja-raja dan bangsa-bangsa?Pedangnya menetak mereka seolah-olah mereka itu debu.Panahnya mencerai-beraikan mereka seperti jerami yang ditiup angin.
3 Dia mengejar mereka dan maju tanpa rintangan,begitu laju sehingga hampir tidak menyentuh tanah!
4 Siapakah yang membolehkan semua itu berlaku?Siapakah yang menentukan sejarah?Aku, TUHAN adalah yang pertama,dan Aku tetap ada sampai penghabisan.