17 TUHAN telah menyembunyikan diri daripada umat-Nya, tetapi aku percaya dan berharap kepada-Nya.
18 Inilah aku dengan anak-anak yang telah diberikan TUHAN kepadaku. TUHAN Yang Maha Kuasa yang bersemayam di Bukit Sion telah mengutus kami sebagai tanda kepada umat Israel.
19 Tetapi orang akan menyuruh kamu meminta petunjuk daripada tukang tenung dan bomoh yang berbisik-bisik dan berkumat-kamit. Orang akan berkata, “Bukankah kita harus minta petunjuk daripada arwah-arwah demi kepentingan orang yang masih hidup?”
20 Hendaklah kamu menjawab, “Dengarkan ajaran TUHAN! Orang yang tidak berkata-kata sesuai dengan ajaran itu, tidak mempunyai harapan.”
21 Umat ini akan mengembara di serata negeri, dan berasa kecewa serta lapar. Kerana kelaparan, mereka marah sehingga mengutuk raja dan Allah mereka. Walaupun mereka memandang ke atas
22 atau memandang ke bawah, mereka tidak akan melihat apa-apa selain kesusahan dan kegelapan serta kesuraman yang mencengkam. Mereka akan dibuang ke tempat yang gelap gelita.
23 Tiada jalan bagi mereka untuk melepaskan diri dari masa kesusahan itu.Tanah suku Zebulon dan suku Naftali pernah dipermalukan. Tetapi pada masa hadapan, kawasan itu akan dihormati, iaitu dari Laut Tengah sampai ke tanah di seberang Yordan di sebelah timur, bahkan sampai ke Galilea tempat orang bangsa asing tinggal.