35 Anak-anak lelaki Esau ialah Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam dan Korah.
36 Elifas adalah leluhur suku Téman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna dan Amalek.
37 Rehuel adalah leluhur suku Nahat, Zerah, Syama dan Miza.
38-42 Penduduk asli tanah Edom adalah keturunan anak-anak Seir, yaitu Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer dan Disyan.Anak-anak lelaki Lotan ialah Hori dan Homam. Lotan mempunyai seorang saudara perempuan bernama Timna.Anak-anak lelaki Syobal ialah Alyan, Manahat, Ebal, Syefi dan Onam.Anak-anak lelaki Zibeon ialah Aya dan Ana. Anak Ana ialah Disyon, dan anak Disyon ialah Hamran, Esyban, Yitran dan Keran.Anak-anak lelaki Ezer ialah Bilhan, Zaawan dan Yaakan.Anak-anak lelaki Disyan ialah Us dan Aran.
43-50 Sebelum ada raja yang memerintah di Israel, tanah Edom diperintah berturut-turut oleh raja-raja yang berikut ini:Bela anak Beor dari DinhabaYobab anak Zerah dari BozraHusyam dari daerah orang TémanHadad anak Bedad dari Awit (dialah yang mengalahkan orang Midian dalam pertempuran di daerah Moab),Samla dari MasyrekaSaul dari Rehobot di pinggir sungaiBaal-Hanan anak AkhborHadad dari Pahi (istrinya bernama Mehetabeel, anak Matred dan cucu Mezahab).
51 Bangsa Edom terdiri dari suku Timna, Alya, Yetet,
52 Oholibama, Ela, Pinon,