18 Inilah nama anak-anak Gerson dan kaum-kaum mereka: Libni dan Simei.
19 Anak-anak Kehat dan kaum-kaum mereka ialah Amram, Yizhar, Hebron dan Uziel.
20 Anak-anak Merari dan kaum-kaum mereka ialah Mahli dan Musi.Inilah kaum-kaum orang Lewi yang ada dalam puak-puak mereka.
21 Puak Gerson terdiri dari kaum Libni dan kaum Simei; itulah kaum-kaum Gerson.
22 Jumlah pencatatan mereka ketika semua laki-laki yang berumur satu bulan ke atas dicatat ada tujuh ribu lima ratus orang.
23 Kaum-kaum Gerson ini berkemah di belakang Kemah Suci di sebelah barat.
24 Pemimpin puak Gerson ialah Elyasaf bin Lael.