11 Sebagaimana roh seseorang mengetahui isi hati orang itu, begitu juga hanya Roh Allah mengetahui segala sesuatu tentang Allah.
12 Kita tidak menerima roh dunia ini, tetapi kita menerima Roh Allah, supaya kita mengetahui semua yang telah dikurniakan Allah kepada kita.
13 Oleh itu, ketika kami menjelaskan hal-hal tentang Allah kepada orang yang mempunyai Roh Allah, kami tidak berkata-kata menurut kebijaksanaan manusia, tetapi menurut ajaran Roh Allah.
14 Sesiapa yang tidak mempunyai Roh Allah, tidak dapat menerima kurnia daripada Roh Allah, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya suatu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Roh Allah hanya dapat dinilai secara rohani.
15 Sesiapa yang mempunyai Roh Allah dapat menilai segala sesuatu, tetapi tiada seorang pun dapat menilai orang itu.
16 Di dalam Alkitab tertulis,“Siapakah yang mengetahui fikiran Tuhan?Siapakah yang dapat menasihati Dia?”Tetapi kita mempunyai fikiran Kristus!