7 Siapakah yang menjadikan dirimu lebih baik daripada orang lain? Bukankah Allah yang mengurniai kamu segala yang kamu miliki? Oleh itu, bagaimanakah kamu dapat membanggakan diri, seolah-olah apa yang kamu miliki itu bukan suatu kurnia?
8 Memang kamu tidak memerlukan apa-apa lagi! Memang kamu sudah kaya! Kamu sudah menjadi raja, tetapi kami tidak. Alangkah baiknya jika kamu benar-benar raja, supaya kami dapat memerintah bersama-sama kamu.
9 Hal itu demikian, kerana pada pendapatku, Allah memberikan kedudukan yang paling hina kepada kami rasul-rasul. Kami seperti orang yang dijatuhi hukuman mati di hadapan umum, dan dijadikan tontonan untuk semua malaikat dan umat manusia.
10 Kerana Kristus, kami menjadi orang bodoh, tetapi kerana Kristus kamu menjadi bijak. Kami lemah, tetapi kamu kuat! Kami dihina, tetapi kamu dihormati!
11 Sampai saat ini kami lapar dan haus; baju kami buruk; kami dipukul; kami tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap;
12 kami membanting tulang untuk mencari nafkah; kami membalas kutukan dengan berkat, dan bersabar apabila dianiaya.
13 Kami membalas cacian dengan kata-kata manis. Kami dianggap seperti sampah masyarakat; hingga saat ini kami masih dianggap sebagai sampah dunia.