36 Inilah nasihat untuk pasangan yang sudah bertunang, tetapi mengambil keputusan untuk tidak berkahwin. Jika lelaki itu merasa tidak bertindak dengan sepatutnya terhadap tunangnya dan jika dia tidak dapat menahan nafsunya, serta merasa harus berkahwin dengan gadis itu, hendaklah dia melakukan apa yang dikehendakinya. Dia tidak berdosa, jika mereka berkahwin.
37 Tetapi jika seorang lelaki, tanpa paksaan sesiapa pun, mengambil keputusan untuk tidak berkahwin dengan tunangnya, dan jika dia dapat mengawal nafsunya dengan baik serta tahu akan apa yang hendak dilakukannya, maka lebih baik dia tidak berkahwin dengan tunangnya.
38 Dengan demikian orang yang berkahwin, melakukan perbuatan yang baik. Tetapi orang yang tidak berkahwin, melakukan perbuatan yang lebih baik.
39 Seorang wanita yang sudah berkahwin, terikat kepada suaminya hanya selama suaminya hidup. Setelah suaminya meninggal, wanita itu bebas berkahwin lagi dengan orang yang disukainya; tetapi lelaki itu haruslah seorang Kristian.
40 Tetapi wanita itu akan lebih berbahagia jika dia tidak berkahwin lagi. Hal ini pendapatku sendiri, tetapi aku berpendapat bahawa aku dipimpin oleh Roh Allah.