1 Sekarang aku membincangkan hal makanan yang dipersembahkan kepada berhala.Memang benar seperti kata orang, “Kita semua mempunyai pengetahuan.” Tetapi pengetahuan menjadikan orang sombong, sedangkan kasih membina kehidupan orang.
2 Sesiapa yang menyangka dirinya mengetahui segala-galanya, sebenarnya tidak mengetahui apa yang seharusnya diketahui.
3 Tetapi orang yang mengasihi Allah, dikenal oleh Allah.
4 Sekarang tentang persoalan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa berhala menggambarkan sesuatu yang tidak wujud. Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu; tidak ada yang lain.
5 Sekalipun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi,