1 Bukankah aku orang bebas? Bukankah aku rasul? Tidakkah aku pernah melihat Yesus Tuhan kita? Bukankah kamu hasil kerjaku untuk Tuhan?
2 Meskipun orang lain tidak mahu mengakui aku sebagai rasul, tentu kamu mahu mengakuinya! Kerana kamu hidup bersatu dengan Tuhan, hal ini membuktikan bahawa aku seorang rasul.
3 Apabila orang mencela aku, inilah jawapanku:
4 Adakah kami tidak berhak menerima makanan dan minuman bagi kerja kami?
5 Adakah kami tidak berhak membawa isteri Kristian dalam perjalanan, seperti yang dilakukan oleh saudara-saudara Tuhan Yesus dan oleh rasul-rasul lain, termasuk Petrus?
6 Adakah hanya Barnabas dan aku yang harus mencari nafkah sendiri?
7 Tidak ada askar yang membiayai diri sendiri dalam angkatan perang. Tidak ada peladang yang tidak makan buah anggur dari kebun sendiri. Tidak ada gembala yang tidak minum susu daripada domba mereka.