7 Tidak ada askar yang membiayai diri sendiri dalam angkatan perang. Tidak ada peladang yang tidak makan buah anggur dari kebun sendiri. Tidak ada gembala yang tidak minum susu daripada domba mereka.
8 Semua contoh yang aku gunakan, diambil daripada pengalaman sehari-hari, tetapi Taurat pun mengemukakan hal yang sama.
9 Di dalam Taurat Musa tertulis, “Janganlah berangus mulut lembu yang sedang mengirik biji-bijian.” Tentunya Allah tidak memberikan perhatian kepada lembu sahaja.
10 Bukankah kita yang dimaksudkan oleh Allah, ketika Dia berfirman demikian? Memang perintah itu tertulis untuk kita. Orang yang membajak tanah dan orang yang menuai tuaian sudah selayaknya bekerja dengan harapan menerima sebahagian daripada tuaian itu.
11 Kami sudah menabur benih rohani dalam hidup kamu. Oleh itu sudah sewajarnya jika kami menuai sedikit berkat kebendaan daripada kamu.
12 Jika orang lain berhak mengharapkannya daripada kamu, bukankah kami lebih berhak daripada mereka?Tetapi kami belum menggunakan hak itu. Sebaliknya kami lebih suka menanggung segala sesuatu, supaya kami tidak menghalangi penyebaran Berita Baik tentang Kristus.
13 Tentu kamu tahu bahawa orang yang bekerja di dalam Rumah Tuhan menerima makanan mereka dari Rumah Tuhan. Orang yang bertugas mempersembahkan korban di atas mazbah, menerima sebahagian daripada korban itu.