19 tetapi korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri, yang menjadi seperti domba yang tidak bercacat cela.
20 Dia dipilih oleh Allah sebelum dunia ini diciptakan. Oleh itu menjelang akhir zaman ini, Dia datang untuk menyelamatkan kamu.
21 Melalui Dialah kamu percaya kepada Allah, yang sudah membangkitkan Dia daripada kematian dan memuliakan-Nya. Oleh itu, sekarang kamu percaya kepada Allah dan berharap kepada-Nya dengan sepenuhnya.
22 Kerana kamu mentaati ajaran benar daripada Allah, kamu menjadi suci dan kamu mengasihi sesama saudara seiman dengan ikhlas. Oleh itu, hendaklah kamu saling mengasihi dengan sepenuh hati.
23 Melalui firman Allah yang hidup dan kekal, kamu sudah dilahirkan kembali, bukan oleh manusia, tetapi oleh Bapa yang kekal.
24 Di dalam Alkitab tertulis,“Umat manusia bagaikan rumput,dan segala kemuliaan mereka seperti bunga rumput.Rumput layu, bunga pun gugur;
25 tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya.”Firman itu Berita Baik yang diisytiharkan kepada kamu.