1 Petrus 2:6-12 BMDC

6 Hal itu demikian kerana di dalam Alkitab tertulis,“Aku telah memilih suatu batu berharga,yang Aku tempatkan di Sion sebagai batu asas;dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan dikecewakan.”

7 Batu ini sangat berharga bagi kamu yang percaya. Tetapi bagi orang yang tidak percaya,“Batu yang dibuang oleh pembina bangunantelah menjadi batu yang paling utama.”

8 Di dalam Alkitab juga tertulis ayat ini,“Inilah batu yang akan menyebabkan orang tersandung,batu yang akan menyebabkan mereka jatuh.”Mereka tersandung kerana mereka tidak percaya kepada firman itu. Demikianlah kehendak Allah bagi mereka.

9 Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.

10 Dahulu kamu bukan umat Allah, tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mengenal rahmat Allah, tetapi sekarang kamu sudah menerima rahmat-Nya.

11 Sahabat-sahabatku, kamu seperti orang asing dan orang pelarian di dunia ini! Oleh itu, aku menggesa kamu supaya tidak menuruti hawa nafsu manusia, yang sentiasa berlawanan dengan jiwa.

12 Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah pada hari Allah datang untuk menghukum orang.