15 Dengan demikian kami tidak berbangga dengan kerja orang lain yang di luar batas yang ditentukan oleh Allah bagi kami. Sebaliknya kami berharap agar kamu semakin percaya kepada Kristus, sehingga kami dapat meluaskan kerja kami di kalangan kamu, di dalam batas yang ditentukan oleh Allah.
16 Kemudian barulah kami dapat mengkhabarkan Berita Baik di negeri-negeri lain. Dengan demikian kami tidak mendapat pujian bagi kerja yang sudah dilakukan di kawasan pelayanan orang lain.
17 Di dalam Alkitab tertulis, “Sesiapa mahu berbangga, hendaklah dia berbangga dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tuhan.”
18 Hal itu demikian kerana orang yang terpuji adalah orang yang dipuji oleh Tuhan, bukan orang yang memuji diri sendiri.