1 Oleh itu aku mengambil keputusan untuk tidak melawat kamu lagi supaya tidak menyedihkan kamu.
2 Jika aku menyedihkan kamu, siapa pula yang dapat menggembirakan aku? Tentunya orang yang sudah aku sedihkan.
3 Itulah sebabnya aku menulis surat itu kepada kamu. Dengan demikian apabila aku melawat kamu, aku tidak disedihkan oleh kamu yang seharusnya menggembirakan aku. Kerana aku yakin bahawa apabila aku gembira, kamu semua pun gembira.
4 Aku menulis kepada kamu dengan hati yang sedih dan berat, dan dengan mencucurkan air mata. Aku tidak bermaksud hendak menjadikan kamu sedih, tetapi hendak menyedarkan kamu bahawa aku sangat mengasihi kamu.
5 Jika seseorang sudah menyedihkan orang lain, dia melakukannya bukan terhadap aku, tetapi terhadap kamu semua atau setidak-tidaknya beberapa orang daripada kamu. (Aku berkata demikian kerana aku tidak mahu bersikap terlalu keras terhadap orang itu.)
6 Cukuplah sudah hukuman yang sudah dijatuhkan kepada orang itu oleh kebanyakan daripada kamu.
7 Sekarang kamu harus mengampuni dia dan menggalakkan dia, supaya dia tidak terlalu sedih hati sehingga putus asa.