6 Cukuplah sudah hukuman yang sudah dijatuhkan kepada orang itu oleh kebanyakan daripada kamu.
7 Sekarang kamu harus mengampuni dia dan menggalakkan dia, supaya dia tidak terlalu sedih hati sehingga putus asa.
8 Oleh itu aku meminta supaya kamu meyakinkan dia bahawa kamu benar-benar mengasihi dia.
9 Aku menulis surat itu kepada kamu kerana aku hendak menguji kamu, sama ada kamu sentiasa sedia mentaati aku.
10 Apabila kamu mengampunkan kesalahan seseorang, maka aku pun mengampuni dia. Hal itu demikian kerana pada waktu aku mengampuni dia - jika memang ada yang perlu diampunkan - aku mengampuninya di hadapan Kristus untuk kebaikan kamu.
11 Aku berbuat demikian supaya Iblis tidak berpeluang untuk menguasai kita, kerana kita mengetahui rancangannya.
12 Ketika aku tiba di Troas untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang Kristus, aku mendapati Tuhan sudah membuka jalan untuk menyampaikan Berita Baik di situ.