1 Adakah hal ini kedengarannya seolah-olah kami membanggakan diri lagi? Adakah kami, seperti orang lain, memerlukan surat perakuan untuk kamu, ataupun daripada kamu? Tidak, kami tidak memerlukan surat perakuan.
2 Kamu sendirilah surat perakuan kami, yang tertulis di dalam hati kami dan yang boleh diketahui serta dibaca oleh semua orang.
3 Jelaslah bahawa kamu seperti surat yang ditulis oleh Kristus dan dikirim melalui kami. Surat ini tidak ditulis dengan dakwat, tetapi dengan Roh Allah yang hidup. Surat itu tidak ditulis pada batu tulis, tetapi pada hati manusia.
4 Kami berkata demikian kerana keyakinan kami kepada Allah melalui Kristus.