7 Taurat itu diukir pada batu tulis dan kemuliaan Allah kelihatan pada masa Taurat itu diberikan. Walaupun cahaya kemuliaan Allah pada wajah Musa mula pudar, cahaya itu masih begitu gemilang sehingga orang Israel tidak dapat memandang muka Musa. Jika Taurat yang membawa kematian itu diberikan dengan kemuliaan seperti itu,
8 tentu lebih gemilang lagi kemuliaan Allah pada waktu perjanjian yang diberikan oleh Roh Allah dimulakan.
9 Jika Taurat yang membawa hukuman kepada manusia sangat gemilang, maka lebih gemilang lagi perjanjian yang membolehkan manusia berbaik semula dengan Allah.
10 Boleh dikatakan bahawa dengan adanya kemuliaan yang sangat gemilang sekarang ini, kemuliaan yang gemilang pada masa lalu itu sudah tiada.
11 Jika sesuatu yang sementara mempunyai kemuliaan, maka sesuatu yang kekal mempunyai kemuliaan yang lebih gemilang lagi.
12 Kerana kami mempunyai harapan seperti itu, kami dapat berkata-kata dengan keyakinan.
13 Kami tidak seperti Musa yang harus menutupi muka dengan selubung, supaya orang Israel tidak dapat melihat cahaya pada mukanya pudar dan lenyap.