11 Sahabat-sahabatku di Korintus, kami sudah berterus-terang kepada kamu. Kami sudah mengutarakan segala isi hati kami.
12 Kami tidak menahan diri daripada mengasihi kamu; kamulah yang menahan diri daripada mengasihi kami.
13 Sekarang aku berkata-kata seperti kepada anak-anakku sendiri. Tunjukkanlah kasih kamu kepada kami. Bukalah hati kamu untuk kami!
14 Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, kerana hal itu tidak sesuai. Kebaikan dan kejahatan tidak dapat bekerjasama. Cahaya dan kegelapan tidak dapat bersama-sama.
15 Kristus tidak dapat bersetuju dengan Iblis. Orang Kristian tidak mempunyai hal yang sama dengan orang bukan Kristian.
16 Tempat kediaman Allah tidak ada hubungannya dengan berhala. Kita ini tempat kediaman Allah yang hidup. Allah sendiri berfirman,“Aku akan tinggal bersama-sama mereka,dan hidup antara mereka;Aku akan menjadi Allah mereka,dan mereka akan menjadi umat-Ku.
17 Oleh itu,tinggalkanlah orang yang tidak mengenal Allah,dan asingkan diri daripada mereka.Janganlah berhubungandengan sesuatu pun yang najis,maka Aku akan menerima kamu.