1 Akhirnya, saudara-saudaraku, berdoalah untuk kami, supaya perkhabaran Tuhan boleh terus tersebar dengan cepat dan diterima dengan baik, sebagaimana halnya antara kamu dahulu.
2 Berdoalah juga supaya Allah menyelamatkan kami daripada orang yang kejam dan jahat, kerana tidak semua orang percaya kepada perkhabaran itu.
3 Tetapi Tuhan kita setia. Dia akan menguatkan kamu dan menyelamatkan kamu daripada Si Jahat.
4 Tuhanlah yang menyebabkan kami mempercayai kamu, dan kami yakin bahawa kamu sedang melakukan dan akan terus melakukan apa yang kami beritahu kamu.
5 Semoga Tuhan memimpin kamu untuk lebih memahami kasih Allah dan ketabahan yang diberikan oleh Kristus.