12 Itulah sebabnya aku menderita semua ini. Tetapi aku tetap yakin, kerana aku mengenal siapa yang aku percayai. Aku yakin bahawa Dia berkuasa menjaga apa yang telah dipercayakan-Nya kepadaku sehingga Hari Kiamat.
13 Ikutilah ajaran benar yang telah aku ajarkan kepadamu. Hendaklah engkau tetap berpegang kepada iman dan kasih yang menjadi milik kita kerana bersatu dengan Kristus Yesus.
14 Dengan kuasa Roh Allah yang hidup di dalam kita, jagalah Berita Baik yang telah dipercayakan kepadamu, seperti engkau menjaga harta yang berharga.
15 Engkau tahu bahawa semua orang di wilayah Asia telah meninggalkan aku, termasuk Figelus dan Hermogenes.
16 Semoga Tuhan mengasihani keluarga Onesiforus, kerana Onesiforus sering menggembirakan hatiku. Meskipun aku dipenjarakan, dia tidak malu dengan keadaanku.
17 Setibanya di Roma, dia mula mencari aku sehingga bertemu dengan aku.
18 Semoga Tuhan mengasihani dia pada Hari Kiamat. Engkau pun tahu bahawa dia sangat menolong aku di Efesus.