2 Ajaran yang engkau dengar ketika aku mengisytiharkannya di hadapan banyak saksi, hendaklah engkau percayakan kepada orang yang boleh dipercayai dan yang dapat mengajar orang lain.
3 Engkau juga harus turut menderita sebagai askar Kristus Yesus yang setia.
4 Seorang askar yang sedang bertugas ingin menyenangkan hati komandannya. Dia tidak membabitkan diri dengan urusan orang awam.
5 Seorang olahragawan tidak akan memenangi hadiah kecuali dia mentaati peraturan.
6 Peladang yang bekerja keras patut mendapat bahagian pertama daripada hasil tuaian.
7 Renungkanlah apa yang aku katakan ini, kerana Tuhan akan membolehkan engkau memahami semuanya.
8 Ingatlah akan hal ini: Menurut Berita Baik yang aku isytiharkan, Yesus Kristus telah dibangkitkan daripada kematian dan Dia keturunan Daud.