8 Ingatlah akan hal ini: Menurut Berita Baik yang aku isytiharkan, Yesus Kristus telah dibangkitkan daripada kematian dan Dia keturunan Daud.
9 Oleh sebab aku mengisytiharkan Berita Baik itu, aku menderita, bahkan aku dirantai seperti seorang penjahat. Tetapi firman Allah tidak dapat dirantai.
10 Itulah sebabnya aku bertabah hati menanggung semuanya demi kepentingan umat yang telah dipilih oleh Allah, supaya mereka juga mendapat penyelamatan yang diberikan melalui Kristus Yesus dan yang disertai kemuliaan yang kekal.
11 Sungguh benar kenyataan ini:“Jika kita mati bersama-sama Dia,kita juga akan hidup bersama-sama Dia.
12 Jika kita tetap bertabah,kita juga akan memerintah bersama-sama Dia.Jika kita menyangkal Dia,Dia juga akan menyangkal kita.
13 Jika kita tidak setia,Dia tetap setia,kerana Dia tidak dapat bertentangan dengan diri-Nya sendiri.”
14 Nasihatilah ahli jemaahmu dan ingatkan mereka di hadapan Allah, supaya jangan bertengkar tentang istilah. Perkara itu tidak ada gunanya, malahan merosakkan iman orang yang mendengarnya.