4 Mereka suka berkhianat, tidak berfikir panjang dan sombong. Mereka lebih menyukai kesenangan dunia daripada mengasihi Allah.
5 Pada lahirnya mereka menjalankan kewajipan agama kita, tetapi mereka tidak menurut ajarannya. Jauhkanlah dirimu daripada mereka.
6 Beberapa orang daripada mereka pergi ke rumah orang, lalu menguasai wanita yang tidak berpendirian dan dibebani perasaan berdosa serta dipengaruhi segala macam keinginan.
7 Wanita-wanita itu selalu ingin belajar tetapi tidak dapat mengetahui ajaran yang benar itu.
8 Sebagaimana Yanes dan Yambres melawan Musa dahulu, demikianlah juga semua orang ini menentang ajaran Allah. Fikiran mereka rosak dan iman mereka hancur.
9 Tetapi mereka tidak akan berjaya, kerana semua orang akan tahu tentang kebodohan mereka, seperti yang dialami oleh Yanes dan Yambres dahulu.
10 Tetapi engkau telah mengikut ajaranku, kelakuanku, dan tujuan hidupku. Engkau telah memperhatikan bagaimana aku sungguh percaya kepada Kristus dan sabar menanggung penderitaan; bagaimana aku mengasihi saudara seiman dan bertabah hati.