1 Kepada puan yang dipilih oleh Allah dan kepada anak-anak puan. Surat ini daripada saya, pemimpin jemaah yang benar-benar mengasihi puan dan anak-anak puan. Bukan hanya saya seorang yang mengasihi puan dan anak-anak puan, tetapi juga semua orang yang mengenal Allah,
2 kerana Allah ada di dalam hati kita dan menyertai kita selama-lamanya.
3 Semoga Allah Bapa dan Yesus Kristus, Anak Bapa itu mengurniai kita berkat, rahmat, dan kesejahteraan. Semoga kita memiliki semua itu dengan hati yang tulus dan dengan kasih.
4 Saya sangat gembira kerana mengetahui beberapa orang antara anak-anak puan hidup menurut ajaran Allah, seperti yang diperintahkan oleh Allah Bapa kepada kita.
5 Oleh itu, puan, saya meminta supaya kita saling mengasihi. Saya tidak mengemukakan satu perintah baru; perintah ini telah diberikan sejak kita percaya kepada Kristus.
6 Mengasihi satu sama lain bererti hidup menurut perintah Allah. Inilah perintah yang telah puan dan anak-anak puan dengar sejak permulaan: Puan dan anak-anak puan harus saling mengasihi.