10 Oleh itu, jika sesiapa datang dan memberitakan ajaran yang tidak diajarkan oleh Kristus, janganlah sambut dia ke dalam rumah puan dan anak-anak puan. Janganlah berkata kepadanya, “Salam sejahtera.”
11 Hal ini demikian, kerana sesiapa yang memberikan salam kepada orang semacam itu, menjadi subahat dalam perbuatannya yang jahat.
12 Banyak lagi yang hendak saya katakan, tetapi lebih baik tidak melalui surat. Saya berharap dapat melawat puan dan anak-anak puan, dan bercakap dengan puan sendiri, supaya kita benar-benar gembira.
13 Anak-anak daripada saudara perempuan puan yang juga dipilih oleh Allah, mengirim salam kepada puan.