8 Dia memberitahu mereka apa yang sudah berlaku, lalu menyuruh mereka pergi ke Yope.
9 Keesokan harinya, semasa mereka masih dalam perjalanan dan hampir tiba di Yope, Petrus naik ke atas bumbung rumah pada tengah hari untuk berdoa.
10 Dia lapar dan hendak makan. Sementara makanan disediakan, dia mendapat suatu penglihatan.
11 Dia melihat langit terbuka dan sesuatu seperti kain lebar diturunkan ke bumi, tergantung pada keempat-empat sudutnya.
12 Di dalamnya terdapat segala macam binatang berkaki empat, binatang menjalar dan burung-burung liar.
13 Lalu ada suara berkata kepadanya, “Petrus, bangunlah! Sembelihlah binatang itu dan makanlah!”
14 Petrus menjawab, “Tidak, Tuhan! Aku belum pernah makan apa-apa yang haram atau najis.”